Friday, January 25, 2013

JFC Bulk Order

Salam Maulidur Rasul kepada pengunjung JFC.
Itu bermakna public holiday termasuklah mr.hubby.
Tapi sayangnya Juice agak sibuk beberapa hari ni menyiapkan keychain, hp charm dan bookmark untuk diberikan pada dealer Juice. So mr.hubby silalah pergi memancing dengan senang hati ya, hari ni xder orang marah.

Di pagi yang sangat sunyi ni Juice ambil kesempatan untuk meng-update JFC blog. So ini di antara item2 hasil tangan Juice.

 Juice suka sangat buat wink2 cloud, setiap kali Juice sertai booth atau ada order dari dealer Juice akan pastikan si wink2 ni ada walaupun x banyak.

 Thanks to my happy model sebab pinjamkan jari jemari, suka sangat budak kecik ni bila suh posing depan kamera. Honestly nk buat lollipop ni agak leceh dan lambat.
Lebih2 lagi bila dah mengadap drama lagilah lambat buat  keje.

 JFC new item...
Nampak ceria je diorang ni kan, bila dah gantung kat enset lagilah ceria dan comel.
Anak sedara Juice sangat excited bila tengok Juice reka item baru dan for sure dialah customer pertama yang beli.
Bagus ada budak2 dalam umah sebab bleh jadi tukang komen, budak2 ni tahu apa yang comel apa yang tidak... 
bagus2...

Juice berjaya siapkan 35pcs bookmark, dalam gambar ni cuma sebahagian saje sb yang lain dah packing. Bookmark agak mudah nak buat, just gunting, jahit dan gam. Pas update ni nak buat banyak2 lagi bookmark...

So ini item2 yang sudah di packing, simple jek sb customer budak2 sekolah kan so kalau packing cantik2 pun sure budak2 ni buang gak.
Nampak cam sikit jek kan tapi ada banyak tau, 

Bukan mudah nak siapkan bulk order ni.
Badan agak penat jugalah, bahu ni punyalah lenguh.
Namun bila dah dapat hasilnya for sure hilang rasa penat.
Harap2 pasni ada lagi order yang masuk.
Insya Allah...

Monday, January 21, 2013

Rezeki

Salam...
Syukur Alhamdullilah barang2 seperi keychain, hp charm dan bookmark yg dealer Juice ambik aritu habis di jual. Katanya nak lagi tapi buat mase ni Juice xder stok sb felt dah kurang belum restok lagi. Tempat Juice beli felt agak jauh, sekarang plak musim hujan so Juice belum ada mase lagi nak restok.
Lagipun akak tu ada malam ngan hari cuti je.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi dealer JFC boleh hubungi Juice di Facebook rasmi JFC...

(^_^) happy

Sunday, January 20, 2013

Bookmark

Salam...
Juice sekarang ni suka sangat buat bookmark.
 Oleh itu sekarang Juice ada misi baru iaitu mencari batang aiskrim yang berwarna warni.
Susahlah nak cari batang aiskrim, puas dh rase pusing2 kedai buku kat Kuantan ni last2 yang ada pun kat sebuah kedai je.



Ini di antara contoh bookmark yang Juice jual, yang ni sample je sb Juice dah jual selebihnya. Rasenya ada lebih 50 batang dah diberikan pada dealer.

price
Rm1.50 - Rm 2.50
 
So pada sesiapa yang berninat untuk menjadi dealer boleh hubungi Juice di facebook rasmi JFC.

Pencil Case

Sepanjang cuti sekolah tahun lalu Juice agak sibuk siapakan request pencil case.Ada beberapa pencil case yang Juice lupa nak snap, habit lama dtg balik...malas nak snap picture...anyway...
Lets take a look...







Price
Rm 12 - Rm 15

Hp Charm

Koleksi hp charm di JFC...






Price
Rm 3.50 - Rm 4.00

name hp charm
price
Rm4.00

bulk order

Harga hp charm hanya untuk pembelian kurang dari 30 pcs,
Untuk belian secara borong lebih dari 30pcs akan diberikan harga lebih murah..

Keychain

 Koleksi keychain di JFC...enjoy...


 price
Rm 3.50
cute cat Rm 4

                             price                           
  Cupcakes Rm 4

price
Rm 3.50
 


bulk order drpd dealer Juice di sekolah sekitar Kuantan.

Harga keychain ini hanya untuk pembelian kurang dari 30pcs.
Untuk belian secara borong lebih dari 30pcs akan diberikan harga lebih murah.



Saturday, January 19, 2013

Lovely Pillow

Salam...
Sebelum Juice mula buat keychain dan hp charm, Tempahan pertama yang Juice terima ialah  bantal.
Terima kasih kepada mereka yang sudi menempah bantal dari Juice.

Tempahan bantal yang pertama Juice terima, bantal Doraemon theme. At first pening jugak kepala nak buat doraemon tu sb agak cerewet sikit pastu adjust sana adjust sini akhirnya menjadi jugak.

price
Rm 25 only

Yang ni request dari cousin, couple pillow. Mulanya nak buat ex5, tapi tak pandai nak design plak last2 jadi skuter. Bolehlah kan..
Sweet and simple...

price
Rm 25 only

Angry Bird yang sexy...
yang ni request dari wife kawan hubby untuk anak bongsu dia.
Anak dia suka angry bird, so Juice decide buat angry bird pink yang bermata sexy ni.
Juice sendiri jatuh hati ngan angry bird ni...
sexy and cute...

price
Rm 25 only

 Special request dari aunty..
katanya nak letak atas kerusi panjang sebab tu dia nak bantal yang panjang, Juice tak ingatlah berapa saiz bantal ni.
Untuk bantal ni Juice cuba wat tema rumah dan taman, menjadi juga.

price
Rm 45 

Birthday gift...
request dari kawan sekolah Juice.
kawan Juice nak hadiahkan bantal untuk anak sedara dia.

price
Rm 25 only

Juice masih menerima tempahan, pada yang berminat boleh hubungi Juice di page Facebook rasmi JFC.